? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 15, 2010

Pengambilan Traskrip Dan Ijazah | by wak

Photobucket
Photobucket

Bagi Transkrip Akademik, graduan boleh menuntut pada bila-bila masa iaitu setelah dua (2) minggu graduan disahkan tamat pengajian oleh Senat dengan membuat permohonan secara bertulis ke Bahagian Akademik.

Transkrip Akademik dan Ijazah jugaboleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian akademik. Para graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil ijazah dan transkrip bolehlah mewakilkan orang lain untuk mengambilnya atau ijazah dan transkrip tersebut dipos oleh universiti dengan menggunakan borang Kebenaran mengambil ijazah dan transkrip (Lampiran 5) dan dilampirkan salinan slip bayaran yuran konvokesyen.

Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak dibenarkan mengambil transkrip dan ijazah. Graduan yang masih berhutang dengan Universiti juga tidak dibenar mengambil transkrip akademik dan� ijazah masing-masing.

Transkrip akademik dan ijazah hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas ijazah dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut, dituntut melalui pos dan dituntut melalui wakil yang mengambilnya.

Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut :

1) Bayaran Salinan Transkrip RM 10.00
2) Bayaran Salinan Ijazah RM 60.00

0 comments: