? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, February 24, 2010

PENGINAPAN SEMASA KONVO | by kak wan n zaifahmi

Photobucket

salam semua....

pada korg yang sedang tercari-cari penginapan semasa konvo nnti....fahmi n kak wan dh survey kat kab, kuo n khar...

jadi pada sesiapa yg berminat sila hubungi fahmi dengan kadar yg segera......

kadar bayaran adalah amat berpatutan iaitu:

KHAR,KAB DAN KUO
RM 105/ hari

KZ
-penuh-

Monday, February 15, 2010

Pengambilan Traskrip Dan Ijazah | by wak

Photobucket
Photobucket

Bagi Transkrip Akademik, graduan boleh menuntut pada bila-bila masa iaitu setelah dua (2) minggu graduan disahkan tamat pengajian oleh Senat dengan membuat permohonan secara bertulis ke Bahagian Akademik.

Transkrip Akademik dan Ijazah jugaboleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian akademik. Para graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil ijazah dan transkrip bolehlah mewakilkan orang lain untuk mengambilnya atau ijazah dan transkrip tersebut dipos oleh universiti dengan menggunakan borang Kebenaran mengambil ijazah dan transkrip (Lampiran 5) dan dilampirkan salinan slip bayaran yuran konvokesyen.

Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak dibenarkan mengambil transkrip dan ijazah. Graduan yang masih berhutang dengan Universiti juga tidak dibenar mengambil transkrip akademik dan� ijazah masing-masing.

Transkrip akademik dan ijazah hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas ijazah dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut, dituntut melalui pos dan dituntut melalui wakil yang mengambilnya.

Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut :

1) Bayaran Salinan Transkrip RM 10.00
2) Bayaran Salinan Ijazah RM 60.00

GAMBAR | by wak

Photobucket
Photobucket

Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh Universiti. Syarikat ini akan mempamerkan gambar-gambar yang telah siap diproses selepas konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung, kecuali dari tempat duduk masing-masing.



Gambar Pendaftaran dan pembayaran gambar Konvokesyen ke 11 Sidang Kedua 2009 akan dijalankan pada tarikh dan tempat berikut :-
Tarikh : 3 hingga 7 Ogos 2009
*Sama dengan tarikh pengambilan jubah
Tempat : Ruang Legar Auditorium
Harga Pakej : RM 40.00 (4 keping gambar - 11R, 8R, 5R, 4R)*
*Tidak termasuk belanja pos

Sebarang pertanyaan, Sila hubungi:-
FOTO UNIGRADUATE
NO. TEL. :- 03-55491529


p/s:- sila rujuk http://akademik.upsi.edu.my/konvokesyen/gambar.html

Jemputan Kepada Keluarga | by wak

Photobucket
Photobucket

Semua bakal graduan hanya diberi satu (1) Pas Masuk untuk 2 orang ahli keluarga sahaja. Kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Pas masuk dan pelekat kenderaan akan diserahkan semasa anda membuat pinjaman pakaian akademik.

Ibu bapa atau ahli keluarga yang tidak dapat memasuki Dewan SITC semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung dijemput ke Dewan Kuliah A (DK A) dan Dewan Kuliah B (DK B) untuk menonton siaran langsung upacara Istiadat Konvokesyen melalui paparan di skrin.

p/s:- sila rujuk http://akademik.upsi.edu.my/konvokesyen/jemputan.html

Panduan Dan Tatacara Menerima Ijazah | by wak

Photobucket

Semua bakal graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian Akademik di Dewan Auditorium pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan

1. Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda (tagging) di Dewan Auditorium dan Dewan SITC mengikut nombor giliran masing-masing seperti yang tercatat dalam Kad Nama anda

2. Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa Dekan mengumumkan penganugerahan Ijazah Sarjana/Sarjana Muda/Diploma.

3. Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima Ijazah Sarjana/Sarjana Muda/Diploma. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Sila patuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.

4.�Apabila nama graduan diumumkan;

* graduan diminta berjalan terus ke arah DYMM Tuanku Canselor / Pro Canselor.
* tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).
* terima Ijazah Sarjana/Sarjana Muda/Diploma dengan kedua belah tangan.
* beri ucapan"Menjunjung Kasih Tuanku" kepada Tuanku Canselor dan "Terima kasih" kepada Pro Canselor.
* undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal.
* bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima Ijazah dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan iaitu di sebelah hadapan kiri dewan (menghadap pentas).

5.�Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai.

p/s:- sila rujuk http://akademik.upsi.edu.my/konvokesyen/panduan.html

Raptai konvo | by cikgu perantau

Photobucket
Photobucket

Semua Bakal Graduan diminta hadir ke raptai konvokesyen mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan


Tarikh : 15 Mac 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SITC

Bayaran konvo | by wak

Photobucket
Photobucket

Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak seratu ringgit (RM100.00). Pembayaran boleh dibuat di semua cawangan Bank Islam. Pembayaran hendaklah dibuat di atas nama UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS dan No. Akaun 08068 01 0023133.

Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak satu ratus ringgit (RM100.00). Ijazah dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran tersebut.

Semua bakal graduan dibenarkan menggunakan Slip Pembayaran Bil Bank Islam atau kaedah pembayaran yang lain.

Selepas cawangan Bank Islam memperakukan penerimaan bayaran, dapatkan kembali salinan slip bayaran yang telah bercetak dari Bank Islam sebagai bukti bayaran. Sila bawa bersama salinan slip bayaran tersebut sewaktu hendak membuat pinjaman pakaian akademik.

SILA AMBIL JUBAH ANDA | by wak

Photobucket
Photobucket

Anda boleh meminjam pakaian akademik iaitu jubah, hood dan topi (mortar board) mengikut tarikh, masa dan tempat seperti berikut: ;


GRADUAN : Sarjana Muda & Diploma Pendidikan
TARIKH : 8 hinga 12 Mac 2010
MASA : 8.30 pg - 12.30 tgh dan 2.15 petang - 5.00 petang (kecuali hari Jumaat kaunter dibuka pada jam 2.45 petang)
TEMPAT : Bilik Jubah, Bangunan Pusat ICT

Nota : *Peminjaman selepas dari tarikh dan waktu di atas tidak akan dipertimbangkan.
** Panduan Saiz Jubah (Lampiran 1).

Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 2) dan membawanya bersama dengan slip pembayaran semasa membuat peminjaman Pakaian Akademik.

Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan untuk membuat pinjaman pakaian akademik, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan mengambilnya dengan membawa borang kebenaran untuk wakil mengambil Pakaian Akademik (Lampiran 3) dan dilampirkan dengan slip bayaran yuran konvokesyen.

p/s:- korg bleh rujuk laman http://akademik.upsi.edu.my/konvokesyen/pakaian.html

Pengesahan Kehadiran Konvo | by wak

Photobucket

Pengesahan Kehadiran Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Sarjana, Ph.D dan Diploma Pendidikan bagi Istiadat Konvokesyen Kedua Belas Sidang Pertama Mac 2010

Sekalung Tahniah kepada bakal graduan di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris serta layak dianugerahkan Doktor Falsafah / Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda Pendidikan / Diploma Pendidikan (dalam bidang masing-masing).


Untuk makluman, Istiadat Konvokesyen Kedua Belas Sidang Pertama akan diadakan pada 16 dan 17 MAC 2010 bertempat di DEWAN SITC. Sehubungan itu, kepada bakal graduan diminta untuk membuat pengesahan kehadiran sama ada saudara/i bersetuju atau tidak untuk hadir ke istiadat konvokesyen dan segala maklumat penting mengenai konvokesyen melalui laman web rasmi konokesyen di http://akademik.upsi.edu.my/konvokesyen/

SELAMAT TAHUN BARU CINA | by wak n frenz

Photobucket

lap lip lap lip.....baru jer rasanya bln lepas sambut tahun baru cina,...tup tup dh raye lg dh......wahhhhhhhh........wa n kawan2 ,mau ucapkan selamat tahun baru cina to yap ah loi @ yap chin hang n wendy choo....smoga tahun harimau manyak2 bagi rezeki wooo.....

semoga bisnes yap sebagai penyeludup petrol yg berjaya makin berkembang....kalu lu kna tgkap...jgn kasi sebut nama wa.....tp lu bg tau wa cepat....coz wa mau upload ma.....hahahaha

ini tahun harimau manyak syok wooooo.....harap2 yap n wendy tarak garang macam harimau woooo.....tapi....wa manyak harap wooo...harap2 yap ada bagi ang pau pada wa.....jauh??itu bukan alasan maaa.....yap n wendy,lu orang boleh kasi bank-in wa punya akaun maaaa.........

yap n wendy....wa ada dgr satu cerita...olang kata tahun harimau xsesuai utk kawin...ada betul ka????apepun lu olang bikin....halap2 you all bahagia....jgn lupa wa n kawan2....

Sunday, February 7, 2010

PENGESAHAN!!!!! | by wak

Photobucket

gud morning semua.......

amacam korg harini?sht semua?....ai...mcm gmbira jer ayt aku ni kan???hahaha... memang pun.....legau n yap dah mcm cacing kepanasan dh bile dgr tarikh konvo tak confirm g....semalam pun aku risau tntg tarikh konvo kita....jd,seperti yg aku jnjikan, pagi td pas subuhhhh aku kol unit pengijazahan, bahagian akademik, UPSI untuk wat pengesahan tarikh...jadi...tarikh yang diberikan same dgn tarikh yg aku upload dulu....

16-17 Mac 2010
Selasa-Rabu


kat sini aku lampirkan skali jadual konvo utk kita yg aku dapat dari my upsi portal...

Sesi 1 (Pagi)
16 Mac 2010
Selasa



-PhD & Ijazah Sarjana
-Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) dengan Kepujian
-Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian
-Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
-Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian

*kalu nk jadual penuh, korg bleh masuk website ni..... http://myupsi.upsi.edu.my/publicNews.jsp?newsID=940

kepada yg nak puaskan hati lagi,korg bleh kol terus dgn syarat hp korg ada kredit:-

05-450 6994/6313
Unit Pengijazahan,
Bahagian Akademik,
UPSI


p/s:- so,jgn risau k kawan2...enjoy your convocation...kpd vick, ko bleh dtg nek tongkang jer dari sabah....hahahaha

Friday, February 5, 2010

TIPS TEMUDUGA | by kavitha

Photobucket

kawan2...ni adatambahan tipstemuduga ...so preparelah yer....

- elakkan sesi temuduga m;jd pjg..
- yakin t'hdp diri
- jg ketrampilan diri
- sentiasa ddk tegak & bg senyuman menarik
- buktikan kemampuan
- jgn terlampau lemah lembut...( gals n guys)
- jgn terlalu b'sahaja
- elakkan b'peluh scr b'lebihan
- jgn b'main dgn pen / pensil
- jgn byk aaaa & hmmmmm sms m'jwb...
- elak memegang muka, mulut & mengeliat kpl...
- jgn goyang kaki & b'silang kaki...

MAKLUMAT TAMBAHAN

- kemungkinan b'mula thn nie. semua calon akan ditemuduga di putra jaya...
- bg stud sabah, di KK ( di IPG / politeknik)
- bg stud sarawak, di kota semarahan
- thn lps, jumlah stud dr slrh Malaysia yg gagal interview adalah 446 org...
- seramai 299 org (67%) adalah stud UPSI.....
- jgn pandang rendah dgn ujian insak krn ramai ggl ujian insak b'bndg temuduga...

TEMUDUGA | by kavitha

Photobucket


*credit to cte.uwaterloo.ca


-mengenai pengetahuan ikhtisas pendidikan (option msg2)...
-sahsiah & kmhrn b'komunikasi akan dinilai..
-stp calon akan berada dlm blk interview 20 hgg 40 minit...
-soalan mengenai pengetahuan am, isu2 semasa & sklh...
-maklumat mengenai akt koko yg kt ambik...sapa wakil ngr, dpt full mark...
-pengalaman mengajar, (tdk t'msk praktikum)...
-panel t'diri drpd guru cemerlang, pengetua cemerlang...so jwpn yg kt bg perlu rasional & blh ditrm oleh mrk...
-soalan mengenai kedudukan semasa matapelajaran..
- PPSMI & MBMMBI (memartabatkan bahasa melayu, mengukuhkan bhs inggeris)...

•tips bg stud lelaki...

- pakai kemeja lengan pjg..
- slack, kasut kulit hitam...
- baju biru @ putih..
- jgn pakai bj warna hitam & merah...
- elak pakai bj warna terang...

•tips bg stud p'puan..

- baju kemas & sesuai...
- skirt bwh paras lutut bg non muslim...
- jgn pakai tudung warna terang...
- elakkan pakai tatu, inai...

•apa perlu dilakukan di dlm blk temuduga..

1 ketuk pintu, bg salam, minta kbnrn utk masuk dlm...
2 serahkn fail kpd panel, minta kebenaran utk ddk, jgn m'blkg'n panel...(jgn tjk bontot kt mrk)..
ltkkan beg di kerusi yg disediakn di sblh...
3 ddk tegak, bg senyuman menarik...(bkn mengoda)
4 jwb dgn nada terang, yakin & konsisten...
5 bertentang mata dgn panel....(bg yg muslim, tdk salah)
6 expression muka yg tenag...

•soalan2 yg biasa ditanya...
1 sila kenal'n diri anda ( ltr blkg pddn & pengalaman m'ajar)
2 trg'n mengenai kelebihan & k'buruk'n anda
3 mgp anda perlu dilantik
4 apakah yg anda tahu mengenai kementerian pddkn...
5 apakah kualiti yg seharusnya ada pd seorg guru
6 terangkan kesesuaian anda sbg seorg pendidik
7 apakah perancangan masa depan dlm bidang pddkn
8 bgmnkah status pddkn membantu dlm kerjaya anda

ISU POSTING ???? | by ayie jeff

Photobucket

Aku dapat info ni dari seorang sahabat kita… dan dia dapat dari kawan dia…


1.Hr ahad lps aku ada join bengkel posting kat kolej zaba..ketua penolong setiausaha unit ambilan guru, cawangan perkhidmatan bahagian pengurusan sumber manusia En.saupi tlh hdr...menurutnya borang temuduga bg batch kite akan keluar dlm bln april...so kt akan konvo dlm bln jun @ july....borang yg akan kluar blm feb nie utk senior kt yg gagal temuduga...


2.hi kwn2...td aku ada pg unit p'ijazahan...kat situ ada tulis konvo kite 16 march sesi pagi...tp staf kt blm tentu lg sbb ada byk cdgn...dlm bln nie kt akan tau...


So, mari kita renung2kan nasib kite…

Apa akan jadi…

Andai ianya benar…


*p/s-maklumat d atas adalah 100% salinan email yg aku dapat,harap maklum...wwak

Thursday, February 4, 2010

JEMPUTAN KAHWIN | by OCAH

Photobucket

Sekapur sirih seurat pinang, seulas kasih seraut sayang

Dengan penuh rasa kesyukuran dan atas limpah kurniaNya, kami menjemput sahabat-handai ORION AT03 dan yang mengenali untuk hadir ke majlis perkahwinan kami:

Norhabsah bt Mohamed Noah (ocah)
dengan pilihan hatinya
Nurul Khairul bin Nasardin

Pada 06-02-2010

Teratak beralamat di:-
Pos 16,Kg.Sungai Nibong,
83600 Semerah,
Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.


Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan selamanya, AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Photobucket

KELUARGA ORION | by lu pikirlah sendiri

aduhhhhh..............

semakin menghitung hari menghampiri konvo, semakin rindu pada teman2.....semakin risau tntg interview...semakin risau tentang petempatan posting....hmmm....tp aku tetap rindu zaman2 belajar kat upsi dulu......sampai mati pun aku xkan lupekan korg.....pahit manis...susah senang kita lalui bersama.....semoga kalian berjaya kelak.....aku tetap rindukan kalian....

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

UJIAN INSAK | by wak

Photobucket

Salam kawan2....utk pengetahuan kwn2 semua....ujian INSAK ada 135 soalan, jawab dalam masa 35 minit jer...jd aku nk kongsi sedikit dgn korg.....tp better korg cari buku ni kat pasaran,soalannya sebijik...sama.....

antara yang ditanya dalam temuduga

* isu PPSMI-setuju/tidak dimansuhkan?kenapa?
* PIPP - apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan, bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkas dan fahami setiap elemen dalam PIPP
* 1Malaysia-apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduan dan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan. keadilan sosial, prinsip kenegaraan.nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan, kesetiaan,....apa beza 1Malaysia dgn Malaysian Malaysia.
* hafal menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajaran. taktau sape? msg me k =)
* apakah cabaran guru....
* simple question-kenapa minat jadi cikgu?
* apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dgn sekolah bestari....
* siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan.........
* itulah antaranya....jd hopekorg bersedia...coz soalan nikorg senang2 nk skor kalu ada bukunya....
Photobucket